Wednesday, November 23, 2011

Ayam Siam Sabung

Semasa tengok2 blog ayam siam kengkawan kite yang ada menternak, terlihat pulak satu gambar ni, yang boleh dijadikan panduan, sekaligus sebagai hiasan di blog aku ni...

Tuesday, November 22, 2011

Tak sempat nak update Reban

aduhai,... bila la nak siapkan reban aku ni...
minggu ni kene kerja shif pagi. so, kena tunggu minggu depan shif malam baru boleh nak teruskan aktiviti di reban.  sabor ajer la yer..... sekarang ni musim hujan,.. pagi petang hujan, masa meng'update' ni pun hujan sedang turun dengan lebat di sini. alhamdulillah rahmat Tuhan.... walaubagaimanapun kita merancang, Tuhan penentu segalanya.  walau sehebat mana sekalipun kite gah untuk merealisasikan impian, namun Allah Maha Hebat. Tetiba pulak berceramah pagi2 ni, apa pasal? sebenarnya hari ini mood tak berapa cantik, jap lagi ada meeting ngan MD. ok lah yo?, jumpo lagi kemudian...

Monday, November 21, 2011

Saturday, November 19, 2011

Update pembinaan Reban A

Beginilah lebihkurang reban yg telah siap 50-60 peratus. fuh bagi aku ni dan taraf 3 bintang dah ni... hehehe

Pandangan Sisi

Bhg belakang reban 1





Bhg belakang reban yg dah complete
Pandangan Depan
Part yang ni aku buat senyap2 tanpa pengetahuan share partner aku.... saje nak bagi suprise la konon. Skang ni musim hujan, pagi boleh buat kerja, sebelah petang hujan akan turun dengan lebat membasahi bumi sekaligus membasahi tapak projek reban ni.  so, perjalanan projek agak perlahan... alhamdulillah beransur juga, skang ni dalam proses menyiapkan bhg hadapan termasuk pintu dan bhg atas iaitu bumbung dan para untuk ibu ayam bertelur. Reban ini berkonsep 3 dalam 1 iaitu selain penggunaan untuk pengasingan jaguh2 dan pembaka, ia juga berfungsi sebagai ruang 'honeymoon' bagi jaguh2 itu nanti. Ia juga bakal dilengkapkan dengan ruang bertelur dan mengeram di para bahagian atasnya nanti.  Kita tunggu dan lihat.... risau juga aku kekadang bile kita banyak merancang, semuanya tak menjadi.  (Terfikir juga nak letak cctv kt reban ni kan)...

Friday, November 18, 2011

Tapak Reban

Inilah tapak reban kitorang... kecik jer kan? takpe, nanti kite tengok perkembangannya.



Bendera tu yg mahal tu...

Thursday, November 17, 2011

Salam pemula bicara...

Assalamualaikum ,
wah bercadang untuk membina sebuah reban ayam...
mulanya kenal ngan sorang kawan yang mempunyai minat sama dalam penternakan.
so, bincang punya bincang, kira punya kira,...
terbitlah kesepakatan untuk mendirikan kawasan penternakan ayam, senang cerita mula2 ni bina sebuah reban dulu untuk memulakan aktiviti menternak ayam,...
aku pun ada tanah sekangkang monyet untuk diusahakan , dan kitorang pun bercadang memilih ayam siam sebagai permulaan....